Monday 7 November 2011

Riwayat Hidup Imam As-Syafie

Riwayat Hidup 
a.Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris.
b.Beliau digelar "As-Syafie" sempena nama datuknya, Syafie bin Saib.
c.Imam Al-Syafie dilahirkan pada tahun 150 Hijrah bersamaan dengan 767
   Masihi di Ghazzah, Palestin.
d.Beliau berasal dari keturunan Rasulullah s.a.w. pada sebelah datuknya,
   Abdul Manaf (datuk ketiga Nabi Muhammad s.a.w. adalah datuk kesembilan
e.Imam as-Syafie adalah seorang imam mazhab yang empat, iaitu pengasas "Mazhab
   Syafie".
f.Imam as-Syafie meninggal dunia pada  tahun 204 Hijrah bersamaan  dengan 820
  Masihi ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Arafah, Mesir.


Sumbangan 
a.Imam as-Syafie adalah ulama mujtahidin yang berpegang kuat pada  Al-Quran,
   hadith, Ijmak Ulama, Qias dan Masolih Al-Mursalah.
b.Pendapat Imam as-Syafie diterima oleh sebahagian besar orang-orang  Islam
    kerana segala fatwanya sesuai dengan suasana, masyarakat dan adat resam sesuatu
    kaum. 3
c.Antara kitab-kitab karangannya yang termashyur termasuklah bidang   dalam usul
   fikah; kitab yang membicarakan dengan  jelas tentang cara   mengambil hukum
    daripada Al-Quran dan hadis.
     Kitab-kitab tersebut ialah:
        a.Abtal Al-Istihsan.
        b.Ahkam Al-Quran.
        c.Ar-Risalah.
d.Dalam bidang fikah; kitab yang membicarakan hukum-hukum fikah. Kitab  
tersebut ialah;
         i.Al-Mukhtasar Al-Kabir.
         ii.Al-Mukhtasar as-Saghir.
        iii.Al-Farid.
        iv.Al-Umm.
e.Dalam bidang hadis; beliau telah menyusun sebuah kitab menjelaskan   tentang
perselisihan hadis-hadis nabi. Kitab-kitab tersebut ialah;
         i.Al-Masnad.
         ii.Al-Amali.
        iii.Ikhtilaf Al-Hadis.
f.Selain itu, beliau juga telah menghasilkan berbagai-bagai jenis kitab dalam
   bidang ilmu tafsir, akhlak, ilmu falak, ilmu kedoktoran dan lain-lain yang  memberi
   sumbangan yang besar kepada ahli fikir Islam.
g.Mazhab as-Syafie berkembang dengan pesat di Afrika Utara, Mesir, Indo China,
   Sri Lanka, Armenia, Kurdistan dan di Kepulauan Melayu,Indonesia, Singapura dan
   Malaysia.
http://shaziela.tripod.com/syafie.htm

No comments:

Post a Comment